Tepat jam 2.00 petang, sedang duk santai lam bilik, rumateku bangkit dari tidurnya. Kebiasaannya dia akan bersembang dgn aku, tp hari ni dia sedikit pelik. Start dia bangun dia termenung je. Ntah ape yg dia fikirkan. Aku tak perasaan sgt kelakuan dia waktu tu sebab aku duk khusyuk cuci mate kt facebook,. eh, jgn salah fhm. cuci mate tgk aksesori lam fb, mmg mencabar jiwa nak membelinya.
Berbalik pd cite rumateku td, selang 15minit lepas dia termenung, barulah mulutnya terbuka utk bercakap dgn aku. Perkara yg pertama skali dia tanya, pasal event pagi td. Sebenarnya pagi td ada event "Car Boot Sales anjuran UUM. kitorang jd pejual la kat sana, tp takde la jual barang sendiri pun, barang2 org lain. Best la jugak berniaga ni, satu pengalan jugak la berniaga dengan buka bonet kereta.
Rupa-rupanya rumate aku termenung panjang td mase dia bangun sebab dia terasa hati ngan kawan baik dia (kawan aku juga la..) aku nama kan dia A saja la. Hal yang wat rumate aku terasa hati ni time event pagi. hal tu berlaku bila rumate aku ni duk syok menjual barang, aku tgk pun memang dia excited pagi tu, maklum la nak timba pengalaman. tapi hal sebaliknya berlaku pulak. Masa rumate aku berniaga, dia dapat la tarik sorang customer tuk beli barangan kami, dah kira best la kan dapat tarik customer. Tapi yang tak bestnya, si A pulak campur tangan. kalau A tu campur tangan cara elok tak pe., ini maki hamun rumate aku tu. tersentak juga la rumat aku ngan perangai A tu. yela, rumate aku cakap, si A tu sound dia yang dia tak pandai berniaga. bukan sekali, tapi 2 kali. sapa tak bengang kn? yela, kita nk tegur atau nak kacau org pun biarlah kena tempatnya. ini tak, pakai sound tepek je depan customer, bengan tahap gaban la rumate aku mase tu. kecian plak aku dengar dia cite.
Si A tu pun satu hal juga, agak2 la nak tegur org yg silap. biarlah bersopan sikit. nasib baik kawan sendiri, kalau org lain, dah jadi perang dunia ke 100 dah.
so, pengajarannya, sekiranya kita tahu kawan atau orang sekeliling kita buat silap, tegur atau nasihat lah secara berhemat, tak perlu nak tengking2, nk maki hamun atau tinggikan suara. Bak rumate aku cakap, nak buat yang terbaik, tak semestinya kena lupakan hati dan perasaan orang lain utk kepentingan diri sendiri. kawan kita pun manusia juga, ada hati dan perasaan yang sempurna. hmm.., harap2 rumate aku ok dan banyak bersabar. aku kesian tgk dia td, bengkak mata dia, seolah2 baru lepas menangis. sampai nak buat asignment pun tak da mood. sabar la rumateku. dugaan tu sentiasa ada.
Sama-samalah kiat jaga peribadi dan sentiasa bersopan santun dalam perbuatan.
No comments:
Post a Comment