Saturday, 9 April 2011

Ampunkan aku, YA ALLAH...

Assalamualaikum w.b.t

Hati terasa gelisah sentiasa memikirkan suatu perkara. Terlalu teringat kepada suatu perkara. Amat menakutkan untuk menghadapi perkara itu.

Beberapa hari ni begitu tidak tenteram dalam hati bila setiap kali otak memikirkan tentang KEMATIAN. Ya, KEMATIAN yang sedang mengejar sesiapa sahaja. Terdetik dalam hati mengingatkan saat kematian beberapa orang kesayangan aku. Tertanya-tanya dihati panjang lagi kah waktu aku hidup di dunia ini??

Setiap yang bernyawa pasti akan melalui saat NYAWA di tarik keluar dari jasad. Begitu banyak penceritaan zaman Nabi S.A.W membuka segala ruang litup hatu aku mengenai saat kematian. Beberapa hari aku termenung panjang memikirkan hal ini yang aku sendiri tahu bahawa, hidup mati kita adalah di tangan ALLAH S.W.T. Tiada yang lebih BERKUASA daripadaNYA.

Sejenak berada di hapadan laptop kesayanganku. Terdetik di hati mengetahui cerita-cerita tentang kematian. Aku mendengar banyak ceramah tentang kematian di youtube. Antaranya seorang ustaz menceritakan tentang kisah di saat kematian RASULULLAH S.A.W. Ternyata, air mataku berlinang mendengarnya, terlalu sedih menghayati saat kematian Baginda. Sampai saat nyawa baginda dicabut dengan begitu lembut oleh malaikat izrail, baginda berteriak kesakitan. Sehingga nyawa baginda sampai di halkumnya, baginda berkata kepada izrail bahawa jika sebegini pedihnya saat kematian, baginda minta supaya izrail memindahkan kesakitan kematian oleh umatnya kepadanya kerana baginda tidak sanggup umatnya kesakitan di saat kematian. Namun, izrail berkata bahawa, inilah selembut-lembut nyawa ditarik daripada jasad bagi golongan nabi dan rasul. Maka, baginda relakan izrail melaksanakan tugasnya. Di saat inilah baginda tetap dan masih menyebut "ummati, ummati, ummati" "umatku, umatku, umatku".

Rasulullah telah dijanjikan syurga oleh ALLAH, masih merasakan kesakitan, kita yang belum tentu masuk syurga tidak pernah rasa gentar bila berlaku kematian. Sangat-sangat sedih mendengar kisah itu dan aku terpikir sendiri, adakah aku sentiasa ingat pada Nabi, sedangkan Nabi sentiasa ingat pada umatnya walaupun di akhir hanyatnya. Adakah aku cintakan Nabi sebagaimana nabi cintakan umatnya??

Perkara ini mengembalikan ingatan aku tentang segala perbuatan aku pada waktu yang lepas. Jijik rupanya aku ini di depan ALLAH. Aku tidak sedar bahawa aku telah melakukan kemungkaran, aku telah mengkianati kasih dan cinta nabi pada umatnya. Layakkah aku di terima sebagai umat nabi jika aku terus melakukan kemungkaran?? Sedangkan nabi amat menegah segala perbuatan yang hina yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

Tapi, kini aku sedar, bahawa aku perlu berubah. Aku perlu ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana, sama ada tempatku nanti SYURGA atau NERAKA. YA ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku. aku bertaubat kepadaMU. Bimbinglah aku ke jalan lurus MU. Ampunkan aku, YA ALLAH...

Friday, 8 April 2011

DAJJAL SEDANG BERADA DIBUMI

DAJJAL SEDANG BERADA DIBUMI KITA TANPA KITA SEDARI..
SEDIKIT DEMI SEDIKIT TELAH MENGUNAKAN FITNAH NYA UNTUK MENIPU KITA..

DAJJAL..
APA YANG KALIAN TAHU PASAL DIA..??
YANG KEADAAN NYA..

~JIKA DI LANGIT MENCAPAI SEJENGKAL DARI PARAS LANGIT..??
~JIKA BERADA DI LAUTAN..KAKINYA HANYA PARAS BUKU LALI..
DAN BERMATA SATU..??
(ITU ANDA SILAP!!!!)
SAYA AKAN TERANGKAN..

1.
BAHAWA YANG BERMATA SATU ITU..
ADALAH MATA KE ARAH DUNIAWI..

TIDAK KAH ANDA PERASAN..
DUNIA SEKARANG SUDAH MODEN..MAJU..DAN KEARAH LEBIH HAL DUNIA..
TIDAK IA LOGIK..??

2.
HAL PARAS DI LANGIT..
TIDAK KAH ANDA PERASAN..

BAHAWA LANGIT SEKARANG SUDAH DITEROKAI..
ALAM SEMESTA JUGA DITEROKAI..
PELBAGAI KAPAL JET PEJUANG..
SEDANG BERADA DI UDARA..
TIDAKKAH IA LOGIK..??

3.
HAL LAUTAN SEPARAS BUKU LALI..
TIDAK KAH ANDA PERASAN..??

LAUTAN SUDAH DITEROKAI..
PELBAGAI SPESIS KEHIDUPAN YANG BERADA DI LAUT TELAH DIKETAHUI..
PERJUMPAAN MAKLUK JENIS MOLE PEOPLE!!
TIDAK IA LOGIK..

DAN KESEMUA HAL DI ATAS..
TIDAK KAH ANDA TIDAK PERASAN..

BAHAWA ORANG2 AMERIKA TELAH PUN MENGUASAI KESEMUA DARI SEGI ITU..
DI LAUTAN..??
DI LANGIT..??
DAN DI DARAT??

DI DARAT..??
TIDAK KAH ANDA PERASAN BAHAWA HANYA DI DARAT PELBAGAI KEMUDAHAN TELAH DIPEMUDAHKAN….DARI SEGI..
ASPEK KEHIDUPAN..ASPEK PEPERANGAN..
TELAH AMERIKA KUASAI SEPENUH NYA..
DENGAN DUNIA HANYA MELETAK KAN NILAI DOLLAR..??

TIDAK KAH DUNIA KITA TUNDUK KEPADA ITU..
YAAAA….KEPADA NILAI WANG DOLLAR..??

DAN INGAT LAH BAHAWA..
DAJJAL AKAN MUNCUL DENGAN PENGIKUTNYA..
YAKJUJ DAN MAKJUJ ADALAH SEBAHAGIAN DARI PENGIKUT NYA..

AMERIKA..
DAJJAL AKAN KUASAI NEGARA ITU DENGAN KERJASAMA ORANG ISRAEL..

AKHIR KATA YANG BAIK DATANG NYA DARI ALLAH..
wallahu'alam...

(petikan dari sumber2...may Allah bless him and muslimin musliman..amin...)

Sunday, 3 April 2011