assalamualaikum wbt...sungguh lama penulis berehat dari mencapai laman ni...terlalu bz dgn kehidupan sebagai seorang mahasiswa...
Sepanjang tidak berceloteh di sini, banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku.. baru2 ni, dunia digemparkan dengan gempa bumi yang dahsyat yg berlaku di perairan jepun menyebabkan negeri di utara jepun telah ditimpa tsunami yang amat2 dahsyat. Begitu besar kuasa Tuhan yang digambarkan melalui kejadian tsunami. penulis sempat melihat video kejadian tsunami yang menenggelamkan kawasan utara jepun. segala harta benda hanyut dibawak arus yang deras. bayangkan, hampir 600km/jam kelajuan air tsunami mengejar mangsanya. mungkin kelajuannya lebih dari itu.
Sungguh dahsyat kejadian tsunami, ditambah lagi kejadian letupan stesen nuklear jepun yang telah memberi kerisauan kepada dunia tentang kesan radiasi yang dilepaskan oleh letupan tersebut. ramai yang menyaksikan kejadian ngeri ini. negara jepun lumpuh dalam masa yg singkat. seperti yang kita tahu, jepun sebuah negara maju memonopoli pengeluar dan pembangunan teknologi terkini pada abad ini, ekonomi jepun lumpuh sehingga kerajaan jepun mengambil langkah menyuntik sebayak 1 bilion yen (kalau xsilap penulis) ke dalam sektor ekonomi jepun.
Penulis amat tersntuh hati apabila menyaksikan kejadian tsunami yang mana ketika tsunami menrjah muka bumi jepun, masih ada lagi rakyat2 jepun yang mencuba melarikan diri, namun mereka tidak sempat berbuat demikian sehingga mereka hanya mampu meihat arus deras tsunami menelan mereka hidup2.
Dalam fikiran penulis, membayangkan kejadian sebegini menimpa negara malaysia kita. kampung halaman penulis di kuala terengganu yg mana semua tahu bahawa terengganu terletak di pesisir laut china selatan dan jarak rumah penulis dari pantai hanya kuarang 10km sahaja. sungguh tidak tergambar apa akan jadi sekiranya berlaku sebegitu. tapi, alhamdulillah negara malaysia aman dari musibah gempa bumi, sungguh besar rahmat yang Tuhan berikan pada kita yang berada di malaysia. syukur alhamdulillah.
Tapi, kita harus ingat bahawa, kejadian2 yang telah banyak berlaku kini memberi pengajaran dan tauladan yang perlu kita ambil sebagai penguat dalam hati kita untuk terus teguh melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. tidak mustahil malaysia menjadi seperti jepun, tidak mustahil. DIA maha berkuasa dan berhak melakukannya.
No comments:
Post a Comment