Saturday, 9 April 2011

Ampunkan aku, YA ALLAH...

Assalamualaikum w.b.t

Hati terasa gelisah sentiasa memikirkan suatu perkara. Terlalu teringat kepada suatu perkara. Amat menakutkan untuk menghadapi perkara itu.

Beberapa hari ni begitu tidak tenteram dalam hati bila setiap kali otak memikirkan tentang KEMATIAN. Ya, KEMATIAN yang sedang mengejar sesiapa sahaja. Terdetik dalam hati mengingatkan saat kematian beberapa orang kesayangan aku. Tertanya-tanya dihati panjang lagi kah waktu aku hidup di dunia ini??

Setiap yang bernyawa pasti akan melalui saat NYAWA di tarik keluar dari jasad. Begitu banyak penceritaan zaman Nabi S.A.W membuka segala ruang litup hatu aku mengenai saat kematian. Beberapa hari aku termenung panjang memikirkan hal ini yang aku sendiri tahu bahawa, hidup mati kita adalah di tangan ALLAH S.W.T. Tiada yang lebih BERKUASA daripadaNYA.

Sejenak berada di hapadan laptop kesayanganku. Terdetik di hati mengetahui cerita-cerita tentang kematian. Aku mendengar banyak ceramah tentang kematian di youtube. Antaranya seorang ustaz menceritakan tentang kisah di saat kematian RASULULLAH S.A.W. Ternyata, air mataku berlinang mendengarnya, terlalu sedih menghayati saat kematian Baginda. Sampai saat nyawa baginda dicabut dengan begitu lembut oleh malaikat izrail, baginda berteriak kesakitan. Sehingga nyawa baginda sampai di halkumnya, baginda berkata kepada izrail bahawa jika sebegini pedihnya saat kematian, baginda minta supaya izrail memindahkan kesakitan kematian oleh umatnya kepadanya kerana baginda tidak sanggup umatnya kesakitan di saat kematian. Namun, izrail berkata bahawa, inilah selembut-lembut nyawa ditarik daripada jasad bagi golongan nabi dan rasul. Maka, baginda relakan izrail melaksanakan tugasnya. Di saat inilah baginda tetap dan masih menyebut "ummati, ummati, ummati" "umatku, umatku, umatku".

Rasulullah telah dijanjikan syurga oleh ALLAH, masih merasakan kesakitan, kita yang belum tentu masuk syurga tidak pernah rasa gentar bila berlaku kematian. Sangat-sangat sedih mendengar kisah itu dan aku terpikir sendiri, adakah aku sentiasa ingat pada Nabi, sedangkan Nabi sentiasa ingat pada umatnya walaupun di akhir hanyatnya. Adakah aku cintakan Nabi sebagaimana nabi cintakan umatnya??

Perkara ini mengembalikan ingatan aku tentang segala perbuatan aku pada waktu yang lepas. Jijik rupanya aku ini di depan ALLAH. Aku tidak sedar bahawa aku telah melakukan kemungkaran, aku telah mengkianati kasih dan cinta nabi pada umatnya. Layakkah aku di terima sebagai umat nabi jika aku terus melakukan kemungkaran?? Sedangkan nabi amat menegah segala perbuatan yang hina yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

Tapi, kini aku sedar, bahawa aku perlu berubah. Aku perlu ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana, sama ada tempatku nanti SYURGA atau NERAKA. YA ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku. aku bertaubat kepadaMU. Bimbinglah aku ke jalan lurus MU. Ampunkan aku, YA ALLAH...

Friday, 8 April 2011

DAJJAL SEDANG BERADA DIBUMI

DAJJAL SEDANG BERADA DIBUMI KITA TANPA KITA SEDARI..
SEDIKIT DEMI SEDIKIT TELAH MENGUNAKAN FITNAH NYA UNTUK MENIPU KITA..

DAJJAL..
APA YANG KALIAN TAHU PASAL DIA..??
YANG KEADAAN NYA..

~JIKA DI LANGIT MENCAPAI SEJENGKAL DARI PARAS LANGIT..??
~JIKA BERADA DI LAUTAN..KAKINYA HANYA PARAS BUKU LALI..
DAN BERMATA SATU..??
(ITU ANDA SILAP!!!!)
SAYA AKAN TERANGKAN..

1.
BAHAWA YANG BERMATA SATU ITU..
ADALAH MATA KE ARAH DUNIAWI..

TIDAK KAH ANDA PERASAN..
DUNIA SEKARANG SUDAH MODEN..MAJU..DAN KEARAH LEBIH HAL DUNIA..
TIDAK IA LOGIK..??

2.
HAL PARAS DI LANGIT..
TIDAK KAH ANDA PERASAN..

BAHAWA LANGIT SEKARANG SUDAH DITEROKAI..
ALAM SEMESTA JUGA DITEROKAI..
PELBAGAI KAPAL JET PEJUANG..
SEDANG BERADA DI UDARA..
TIDAKKAH IA LOGIK..??

3.
HAL LAUTAN SEPARAS BUKU LALI..
TIDAK KAH ANDA PERASAN..??

LAUTAN SUDAH DITEROKAI..
PELBAGAI SPESIS KEHIDUPAN YANG BERADA DI LAUT TELAH DIKETAHUI..
PERJUMPAAN MAKLUK JENIS MOLE PEOPLE!!
TIDAK IA LOGIK..

DAN KESEMUA HAL DI ATAS..
TIDAK KAH ANDA TIDAK PERASAN..

BAHAWA ORANG2 AMERIKA TELAH PUN MENGUASAI KESEMUA DARI SEGI ITU..
DI LAUTAN..??
DI LANGIT..??
DAN DI DARAT??

DI DARAT..??
TIDAK KAH ANDA PERASAN BAHAWA HANYA DI DARAT PELBAGAI KEMUDAHAN TELAH DIPEMUDAHKAN….DARI SEGI..
ASPEK KEHIDUPAN..ASPEK PEPERANGAN..
TELAH AMERIKA KUASAI SEPENUH NYA..
DENGAN DUNIA HANYA MELETAK KAN NILAI DOLLAR..??

TIDAK KAH DUNIA KITA TUNDUK KEPADA ITU..
YAAAA….KEPADA NILAI WANG DOLLAR..??

DAN INGAT LAH BAHAWA..
DAJJAL AKAN MUNCUL DENGAN PENGIKUTNYA..
YAKJUJ DAN MAKJUJ ADALAH SEBAHAGIAN DARI PENGIKUT NYA..

AMERIKA..
DAJJAL AKAN KUASAI NEGARA ITU DENGAN KERJASAMA ORANG ISRAEL..

AKHIR KATA YANG BAIK DATANG NYA DARI ALLAH..
wallahu'alam...

(petikan dari sumber2...may Allah bless him and muslimin musliman..amin...)

Sunday, 3 April 2011

Thursday, 31 March 2011

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan

Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan `cerah' fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

"Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?"

"Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia."

"How do you have a good English (Latin character) writing?"

"Because simply I'd been grown up by this."

"Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it's called jawi, and even a lot of people call your people as jawi."

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya `Rahsia Tulisan Jawi', agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan `kelancaran' bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Akhbar tulisan Urdu di UK

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za'ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya `Rahsia Tulisan Jawi'nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang `merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya'.

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah… biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. …

Tuesday, 29 March 2011

Saturday, 26 March 2011

Ragam Manusia

Tepat jam 2.00 petang, sedang duk santai lam bilik, rumateku bangkit dari tidurnya. Kebiasaannya dia akan bersembang dgn aku, tp hari ni dia sedikit pelik. Start dia bangun dia termenung je. Ntah ape yg dia fikirkan. Aku tak perasaan sgt kelakuan dia waktu tu sebab aku duk khusyuk cuci mate kt facebook,. eh, jgn salah fhm. cuci mate tgk aksesori lam fb, mmg mencabar jiwa nak membelinya.

Berbalik pd cite rumateku td, selang 15minit lepas dia termenung, barulah mulutnya terbuka utk bercakap dgn aku. Perkara yg pertama skali dia tanya, pasal event pagi td. Sebenarnya pagi td ada event "Car Boot Sales anjuran UUM. kitorang jd pejual la kat sana, tp takde la jual barang sendiri pun, barang2 org lain. Best la jugak berniaga ni, satu pengalan jugak la berniaga dengan buka bonet kereta.

Rupa-rupanya rumate aku termenung panjang td mase dia bangun sebab dia terasa hati ngan kawan baik dia (kawan aku juga la..) aku nama kan dia A saja la. Hal yang wat rumate aku terasa hati ni time event pagi. hal tu berlaku bila rumate aku ni duk syok menjual barang, aku tgk pun memang dia excited pagi tu, maklum la nak timba pengalaman. tapi hal sebaliknya berlaku pulak. Masa rumate aku berniaga, dia dapat la tarik sorang customer tuk beli barangan kami, dah kira best la kan dapat tarik customer. Tapi yang tak bestnya, si A pulak campur tangan. kalau A tu campur tangan cara elok tak pe., ini maki hamun rumate aku tu. tersentak juga la rumat aku ngan perangai A tu. yela, rumate aku cakap, si A tu sound dia yang dia tak pandai berniaga. bukan sekali, tapi 2 kali. sapa tak bengang kn? yela, kita nk tegur atau nak kacau org pun biarlah kena tempatnya. ini tak, pakai sound tepek je depan customer, bengan tahap gaban la rumate aku mase tu. kecian plak aku dengar dia cite.

Si A tu pun satu hal juga, agak2 la nak tegur org yg silap. biarlah bersopan sikit. nasib baik kawan sendiri, kalau org lain, dah jadi perang dunia ke 100 dah.

so, pengajarannya, sekiranya kita tahu kawan atau orang sekeliling kita buat silap, tegur atau nasihat lah secara berhemat, tak perlu nak tengking2, nk maki hamun atau tinggikan suara. Bak rumate aku cakap, nak buat yang terbaik, tak semestinya kena lupakan hati dan perasaan orang lain utk kepentingan diri sendiri. kawan kita pun manusia juga, ada hati dan perasaan yang sempurna. hmm.., harap2 rumate aku ok dan banyak bersabar. aku kesian tgk dia td, bengkak mata dia, seolah2 baru lepas menangis. sampai nak buat asignment pun tak da mood. sabar la rumateku. dugaan tu sentiasa ada.

Sama-samalah kiat jaga peribadi dan sentiasa bersopan santun dalam perbuatan.