Assalamualaikum w.b.t
Hati terasa gelisah sentiasa memikirkan suatu perkara. Terlalu teringat kepada suatu perkara. Amat menakutkan untuk menghadapi perkara itu.
Beberapa hari ni begitu tidak tenteram dalam hati bila setiap kali otak memikirkan tentang KEMATIAN. Ya, KEMATIAN yang sedang mengejar sesiapa sahaja. Terdetik dalam hati mengingatkan saat kematian beberapa orang kesayangan aku. Tertanya-tanya dihati panjang lagi kah waktu aku hidup di dunia ini??
Setiap yang bernyawa pasti akan melalui saat NYAWA di tarik keluar dari jasad. Begitu banyak penceritaan zaman Nabi S.A.W membuka segala ruang litup hatu aku mengenai saat kematian. Beberapa hari aku termenung panjang memikirkan hal ini yang aku sendiri tahu bahawa, hidup mati kita adalah di tangan ALLAH S.W.T. Tiada yang lebih BERKUASA daripadaNYA.
Sejenak berada di hapadan laptop kesayanganku. Terdetik di hati mengetahui cerita-cerita tentang kematian. Aku mendengar banyak ceramah tentang kematian di youtube. Antaranya seorang ustaz menceritakan tentang kisah di saat kematian RASULULLAH S.A.W. Ternyata, air mataku berlinang mendengarnya, terlalu sedih menghayati saat kematian Baginda. Sampai saat nyawa baginda dicabut dengan begitu lembut oleh malaikat izrail, baginda berteriak kesakitan. Sehingga nyawa baginda sampai di halkumnya, baginda berkata kepada izrail bahawa jika sebegini pedihnya saat kematian, baginda minta supaya izrail memindahkan kesakitan kematian oleh umatnya kepadanya kerana baginda tidak sanggup umatnya kesakitan di saat kematian. Namun, izrail berkata bahawa, inilah selembut-lembut nyawa ditarik daripada jasad bagi golongan nabi dan rasul. Maka, baginda relakan izrail melaksanakan tugasnya. Di saat inilah baginda tetap dan masih menyebut "ummati, ummati, ummati" "umatku, umatku, umatku".
Rasulullah telah dijanjikan syurga oleh ALLAH, masih merasakan kesakitan, kita yang belum tentu masuk syurga tidak pernah rasa gentar bila berlaku kematian. Sangat-sangat sedih mendengar kisah itu dan aku terpikir sendiri, adakah aku sentiasa ingat pada Nabi, sedangkan Nabi sentiasa ingat pada umatnya walaupun di akhir hanyatnya. Adakah aku cintakan Nabi sebagaimana nabi cintakan umatnya??
Perkara ini mengembalikan ingatan aku tentang segala perbuatan aku pada waktu yang lepas. Jijik rupanya aku ini di depan ALLAH. Aku tidak sedar bahawa aku telah melakukan kemungkaran, aku telah mengkianati kasih dan cinta nabi pada umatnya. Layakkah aku di terima sebagai umat nabi jika aku terus melakukan kemungkaran?? Sedangkan nabi amat menegah segala perbuatan yang hina yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
Tapi, kini aku sedar, bahawa aku perlu berubah. Aku perlu ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana, sama ada tempatku nanti SYURGA atau NERAKA. YA ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku. aku bertaubat kepadaMU. Bimbinglah aku ke jalan lurus MU. Ampunkan aku, YA ALLAH...
nice entry
ReplyDelete